Pengenalan
Anugerah Cemerlang UCS 2025 dianjurkan bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan di atas sumbangan dan prestasi perkhidmatan staf kampus UiTM Cawangan Selangor (Kampus Puncak Alam, Kampus Puncak Perdana, Kampus Sungai Buloh).
Program ini dilihat sebagai satu pengiktirafan kepada staf dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UCS bagi memperkasakan amalan kualiti bagi meningkatkan kepuasan hati pelanggan melalui penambahbaikan yang berterusan. Antara justifikasi program ini dilaksanakan adalah:
Meningkatkan kecekapan kearah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Memberi pengiktirafan kepada kejayaan staf UiTM yang diperoleh secara seimbang berasaskan kepada konteks kreativiti, teknologi dan inovasi dalam pembangunan pendidikan.
Mempelbagaikan dimensi kreativiti dan inovasi dalam prosedur kerja.
Pelaksanaan program ini juga akan dapat memberi impak berikut:
Penghargaan oleh pihak pengurusan UCS terhadap usaha dan dedikasi staf kampus UCS yang telah memberi perkhidmatan terbaik.
Peningkatan motivasi staf UCS dalam melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan.
Meningkat indeks kegembiraan UCS.
Sehubungan itu, penganjuran Anugerah Cemerlang UCS 2025 akan diadakan pada 04 Disember 2025 iaitu bersempena Hari Kualiti Sedunia (13/11/2025) dan sebelum Hari Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM (22/12/2025).
Pada tahun ini, sebanyak lapan belas (18) anugerah yang akan dipertandingkan melibatkan tiga (3) kategori berikut:
Anugerah Pentadbir Kumpulan Pengurusan & Profesional (5 Anugerah)
Anugerah Kumpulan Pelaksana (5 Anugerah)
Anugerah Kategori Jabatan (8 Anugerah)
Dengan ini, pihak penganjur ingin menjemput PTJ dan warga pentadbir dibawah pengurusan Rektor UiTM Cawangan Selangor menyertai Pencalonan Anugerah Cemerlang UiTM Cawangan Selangor 2025.
Tarikh pencalonan dibuka daripada 01 Oktober 2025 sehingga 31 Oktober 2025.
Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Cemerlang UCS 2025 boleh ke pautan berikut:
Keterangan lanjut berkaitan Penyertaan Anugerah sila hubungi pegawai berikut:
1. Ustazah Noor Rashidah Binti A. Rahman (Ketua) : 03-3258 4106
2. Pn. Marlina Binti Ismail : 03-3258 6041
3. Pn. Azila Binti Bakri : 03- 3258 4094
4. Pn. Noorizan binti Che Rashid : 03- 3258 4162
5. En. Mohd Johari Bin Suratmun : 03-3258 4008
Borang yang telah lengkap diisi dengan lampiran dokumen sokongan yang diperlukan boleh dihantar ke :
Unit Hal Ehwal Islam
Aras 5, Bangunan FF1
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam
42300 Bandar Puncak Alam.
Selangor Darul Ehsan
Maklumat lanjut berkaitan Majlis Anugerah Cemerlang UCS 2025 sila hubungi sekretariat Anugerah Cemerlang UCS 2025
PIC: Setiausaha
Ustaz Mohd Hafiz bin Mohd Hasan (Ketua)
03-79622038
Penolong Setiausaha
Encik Muhammad Arif bin Mohd Shah
03-3258 4109
Anugerah Cemerlang UCS 2024
Anugerah Cemerlang UCS 2023