Anugerah Cemerlang
UiTM Cawangan Selangor 2025
Anugerah Cemerlang
UiTM Cawangan Selangor 2025
UiTM Cawangan Selangor akan mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang UCS bersempena dengan sambutan Hari Kualiti 2025 peringkat UiTM Cawangan Selangor. Majlis ini akan diadakan pada 4 Disember 2025 dengan bertemakan "Memacu Kualiti Memperkasa Inovasi ". Usaha ini mampu menyokong agenda transformasi Negara dalam merealisasikan inovasi dan kreativiti dalam penyampaian perkhidmatan.
Sambutan Hari Kualiti UCS ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga UiTM khususnya di Cawangan Selangor terhadap kepentingan inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan kerja dengan memupuk dan memperkukuh nilai-nilai budaya inovasi dan kreativiti dalam organisasi. Usaha ini hanya dapat direalisasikan melalui pengamalan budaya tersebut dalam penambahbaikan proses kerja secara berterusan dengan pendekatan dan budaya berteraskan ciri-ciri inovatif dan kreatif dalam perkhidmatan. Usaha ini juga seterusnya mampu menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Pada tahun ini, sebanyak lapan belas (18) anugerah akan dipertandingkan melibatkan tiga (3) kategori berikut:
1 Anugerah Pentadbir Kumpulan Pengurusan & Profesional (5 Anugerah)
2. Anugerah Kumpulan Pelaksana (5 Anugerah)
3. Anugerah Kategori Jabatan (8 Anugerah)
Dengan ini, pihak penganjur ingin menjemput PTJ dan warga pentadbir dibawah pengurusan Rektor UiTM Cawangan Selangor menyertai Pencalonan Anugerah Cemerlang UiTM Cawangan Selangor 2025.
Tarikh pencalonan dibuka daripada 1 OKtober 2025 sehingga 31 Oktober 2025.
Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Cemerlang UCS 2025 boleh ke pautan berikut:
Program dan Aktiviti Terdahulu